APA ITU HIBAH DAN INSURAN ?
Pernah atau tidak kita mendengar ayat macam ni ?
" SAYA TAK NAK AMBIL HIBAH ! KALAU SAYA AMBIL HIBAH , BILA SAYA MATI ISTERI KAHWIN LAIN PAKAI DUIT HIBAH TU ! "
Sering kali kita dengar dan lihat ucapan macam ni dari seorang suami yang masih kurang faham tentang ilmu kewangan terutamanya bila melibatkan perlindungan.
HIBAH NI APA ?
Secara ringkasnya , HIBAH adalah sejumlah wang yang ditinggalkan sebagai HADIAH kepada orang tersayang selepas ketiadaan orang yang dilindungi di muka bumi ini. Dah faham kan sikit hibah tu ?
Adakah HIBAH Takaful sama seperti
Insuran Hayat ?
Jawapannya SAMA dari segi KONSEP dan BERBEZA dari segi PERLAKSANAANYA.
Apa yang sama dan apa yang berbeza ?
SAMA apabila orang yang dilindungi meninggalkan sejumlah wang kepada ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian selepas ketiadaanya. Berbeza apabila orang yang mendapat hibah sama ada daripada suami atau isteri mendapat HAK MUTLAK dan bagi Insuran Hayat adalah penama sebagai pentadbir dan boleh dicabar oleh mana mana pihak walaupun bukan dalam kalangan ahli keluarga.
Contoh, seorang Islam di Malaysia mengambil plan Insuran Hayat dari sebuah syarikat terkemuka. Pada sangkaannya, apabila orang tersebut meninggal dunia, segala apa yang dijanjikan akan diberikan terus kepada waris si mati tanpa sebarang masalah. Namun, hakikatnya, apabila dia meninggal dunia, wang insuran tersebut akan diambil alih oleh Baitulmal untuk disucikan kerana mendapati bahawa terdapat unsur Gharar, Maisir dan Ketidakpastian. Namun, tidak bagi HIBAH BERSYARAT daripada mana mana syarikat takaful di Malaysia. Hal ini kerana, Hibah ini sudah termaktub dalam Akta Pengurusan Kewangan Islam 2013 yang menjelaskan bahawa HIBAH ini tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak.
Saya rasa setakat itu sahaja penjelasan saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada lain masa dan ketika. Jika ada sebarang keraguan boleh hubungi saya atau email serta comment .
Comments
Post a Comment